★d' dAPUR★





JOM wat cupcakes nak x?  xtau?....alololol..sonang jew lah...mizs paling suke choco cupcakes&cheese cakes..nyummmmmy-nyummmmy....nak beli? kuar duit lagi...pe kata kita buat sendiri..sedaaappp...air tangan sendiri tu kan lebih nikmatnyer...


tu resepi cup cakes :  "Cupcakes from the Primrose Bakery"





Ini resipinya - Malted Cupcakes.

110gram unsalted butter (tapi saya pakai lepa susu - Brand Buttermas)
120gram light brown sugar
100 gram caster sugar
2 large eggs
125gram self raising flour
60gram plain flour
50gram ovaltine (malted drink)
125ml semi skimmed milk
1/2 teaspoon vanilla
1 tablespoon sour cream (saya tukar kepada alternatif lain iaitu mencampurkan 1 cawan susu cair ideal dengan 1 sudu besar cuka. Biarkan 1/2 jam dan boleh digunakan)


CARA2 NYER :



  1. Pukul Butter & Gula sehingga bertukar warna yang lebih cerah
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga rata (tapi jangan terlalu lama ya)
  3. Masukkan susu, vanilla & campuran susu cair ideal & cuka bagi menggantikan sour cream di dalam satu bekas yang lain
  4. Tepung diayak terlebih dahulu, kemudian dicampurkan dengan ovaltine, gaul rata.
  5. Perlahankan mixer anda, Masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu tadi. Mulakan tepung, habis menggaulpun menggunakan tepung ya. Saya menggunakan saiz liner 12 cm dan mengisi adunan cupcakes sebanyak 50gram
  6. Okay, siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180c selama 20 - 25 minit (tengok keadaan oven anda sendiri ya.)

    sudah siap, bolehlah dihiaskan dengan buttercream dan sekiranya anda tidak suka terlalu manis cupcakes ini sedang dimakan begitu sahaja:-)

    Selamat Mencuba!






GULAI UDANG GALAHHH


FUHHH..dengar pun korang mesti terliurrrqqq.....
jom kita masak....grenti jilat jarang punyerrr..ni mizs jas nk g resepi kt korang...try la wat negok
mizs da berpuluh2 kali da masak..karang giliran korang lak...(sambil telan air liuq)



Bahan - bahan
8 ekoq udang galah
1 biji kelapa parut (nyok la)
2 1/2 cawan aiq
garam secukup rasa (lau korang suka masin tak la lbih kit) 
4 sudu besaq minyak masak 


Bahan giling & tumbuk(blender la zaman la nih) 

2 batang serai 
1/2 inci lengkuas 
1 inci kunyit idup(lebih piorr) 
4 biji buah keras 
8-10 batang cili kering 
12 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 


Cara - cara 

1. Gaulkan udang dengan bahan yang ditumbuk dan biarkan selama 10 - 20 minit (perap) 
2. Gunakan 3/4 cawan aiq dan perah pati santan. Tambah air yang selebihnya untuk memerah santan caiq. 
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis udang tadi 3 -4 minit. Masukkan garam dan santan cair dan biarkan menggelegak. 
4. Kecilkan api dan masukkan pati santan. 
5. Biarkan mendidih perlahan. Kacau selalu
6. Angkat dan hidang..senang ja weh..so jgn malas2 nk masak =)