Saturday, December 4, 2010

seSUNguhnhya Aku merelakan..


Telah tertulis. Dari jutaan tahun yang lampau. Kisah wanita merana. Angkara insan durjana. Untuk kesekian kalinya. Dan terulang-ulang kisah luka itu. Diceritakan dari mulut nan manis, atau lahir dari hati yang busuk. Kisah wanita yang luka selalu ada di mana-mana.
Hari ini seorang wanita hatinya mengeluh. Tentang lara yang berlanjutan dalam hidupnya. Kalau boleh, dia enggan mengeluh. Hanya mahu diam dan melalui dengan sabar. Tapi lubuk hatinya selalu berkata-kata. Tentang sesuatu yang tak kesampaian. Nada-nada suram menyanyi kecil dalam fikirannya.
Aduhai wanita..harga kecewa itu sungguh bernilai dalam hatimu yang halus. Setitik kecewa yang singgah begitu berbekas. Kisah luka itu kau simpan kemas dalam kotak rahsia hatimu. Iringan airmata perkara biasa buat seorang wanita yang mulus hatinya.
Akan selalu tertulis begitu. Wanita, kecewa dan airmata. Selalu beriringan dalam nada yang satu.




Harga air mata wanita




Kata orang kekuatan wanita yang blh mencairkn hati lelaki adalah melalui air mata nya. namun sampai bila seorang wanita itu harus terus mengalirkan air matanya demi menagih simpati kaum lelaki. Cukupkah sekadar dengan berbekal air mata dan wanita itu akan sentiasa Berjaya mencairkan hati seorang lelaki ???..


Allah telah mengurniakan air mata kepada  wanita sebagai salah satu cara untuk kaum wanita untuk melepaskan bebanan. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila2 masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan"...dan juga sebuah kekuatan..kekuatan apbila dikecewakan.

Seorang lelaki mungkin dapat melampiaskan kemarahannya melalui memarahi orang di sekelilingnya tapi bagi seorang wanita, mereka hanya mampu mengalirkan air mata sebagai jalan penyelesaian tekanan di hatinya. bukan bererti mereka lemah tapi melalui air mata lah mereka mendapat kekuatan. Melalui air matalah wanita memujuk hatinya yang rawan dan melalui air mata lah wanita bangun untuk menapak kembali kehadapan. 
Kerana seteruk2 wanita masih ada naluri keibuan dihatinya masih ada jiwa kewanitaan didalam nalurinya..
Kerana wanita itu dicipta sangat istimewa 
Dan Rasullulah S.A.W sendiri amat menghormati kaum wanita.






Wanita Itu Lemah???



Wanita itu dicipta sangat rapuh dan amat lemah dimata lelaki
Tapi hakikatnya kekuatan wanita bukanlah pada fizikalnya tapi pada hatinya…
Kadangkala kekuatan wanita itu menyebabkan mereka boleh mengatasi beban melebihi kaum lelaki

Wanita mampu tersenyum walaupun hatinya merintih
Wanita mampu berkorban demi insan yang mereka cintai
Wanita itu juga mampu berdiri menegakkan keadilan
wanita menyimpan segala kekecewaan jauh dari pintu hati
Wanita sanggup mengorbankan dirinya demi kebahagian orang lain
Wanita itu jujur tanpa ego,cinta pertama itu adalah hati wanita
Kerana cinta wanita itu
CINTA TANPA SYARAT!!!!!!



Atas kesusahan dan kepayahan yang kaum wanita tempuhi maka Allah bekalkan bersama-sama wanita itu Air MATA bagi meneman hidupnya dikala wanita terbeban dengan segala permasalahan.



“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."



Jadi hargailah wanita, sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak tertanding dengan harga harta di dunia.

1 comment:

  1. eh2 ak pn ada~hehehe... wanita itu tidak lemah.. mampu mengoncangkan dunia...:)

    ReplyDelete